Semalam seorang kawan minta tolong aku untuk bersikap jujur
dengannya. Dia minta aku beritahu jika ada kesalahan yang dilakukannya. Aku tak berfikir
lama untuk berterus terang. Memang sebelum ini ada sahaja yang tak puas hati
dengannya. Memang kadang-kadang perangainya susah untuk difahami. Mungkin kerana
kami belum kenal siapa dia. Aku juga ada perasaan tak senang dengannya tapi hanya sementara. Aku tak suka
panjang-panjangkan cerita. Aku selalu membayangkan diri aku berada di tempat
orang lain. Tak sampai hati aku nak kata di belakang padahal aku berbaik
dengannya di hadapan dia. Walaupun kadang-kadang aku buat juga sebab nafsu
melebihi akal fikiran. Itu lumrah bagi kita yang bergelar manusia. Sentiasa melakukan
kesalahan.
Jadi semalam aku memberitahu apa salahnya walaupun tidak
semua. Tapi cukup untuk dia mengerti. Aku tak nak berbohong. Aku ingin
menghentikan semua kata-kata belakang yang ku lakukan. Aku tak nak menjadi
seorang yang berkata di belakang tapi bila orang itu tanya apa kesalahan yang
orang tersebut lakukan aku jawab ‘Tak ada apa-apa’. Kejadian yang sama pernah
jadi kat aku. Berterus-terang adalah lebih baik. Kurang sedikit dosa mengumpat.
Tika aku nak beritahu dia di mana salahnya, aku terfikir
berat sangat ke apa yang dia buat. Tiba-tiba rasa apa yang dia buat tu tak
salah pun. Memang sikap dia begitu. Mungkin itulah yang dirasakan oleh orang
yang tidak mampu menerangkan kesalahan kawannya.
Manusia tak perfect. Tak sempurna. Ada sahaja kesilapan yang
dilakukan. Setiap seorang daripada kita mempunyai sikap yang berbeza dan
berlainan pandangan. Semua orang tak sama. Itu keunikan diri kita. Membezakan diri
kita daripada orang lain.
Aku tak kisah kalau orang berkata jika aku buat kesalahan. Tetapi
bukan di belakang dan cerita itu dijaja kepada pihak yang lain. Disebar kepada
orang lain. Dan orang yang mendengar pun bercerita kepada yang lain sehingga
semua orang tahu. Kalau berterus terang pasti aku mencuba untuk merubah
kesilapan. Pernah juga aku diperli. Dan hal itu berpanjangan. Aku fikir orang
dah lupa. Ternyata aku salah. Kesilapan aku itu dijadikan lawak jenaka oleh
golongan yang tertentu. Aku cuba lupa perkara itu. Memalukan bagiku. Terluka juga
bila kesalahan aku disebut berulang kali. Bukannya aku bodoh. Aku sedar aku
salah. Ketika aku lakukan kesalahan itu aku dibiarkan terkapai-kapai. Tiada satu
tangan pun dihulurkan kepada aku untuk keluar dari silap yang ku lakukan. Bila aku sedar, rupanya dah terlambat ketika itu.
Mungkin ini ujian buatku. Tahan sahajalah perasaan ini. Biarkan
sahaja mereka berkata. Allah ada. Yakinlah dengan-Nya. Mereka juga manusia. Macam
aku juga. Mungkin ketika mereka buat aku macam itu mereka tak sedar. Aku cuma berdiam
diri. Ada juga waktu aku memberanikan diri bertanya sendiri salahku. Kalau tak ada yang nak berterus terang baik bertanya sendiri.
Allah kan ada (y)
ReplyDelete